Disini ingin saya kemukakan beberapa soalan kepada otai2 yang arif dalam dunia ayam sabung ini agar sama2 kita dapat menambah ilmu pengetahuan.
1) ada setengah pendapat mengatakan ayam yang berkaki putih tidak mempunyai tuah ketika bertarung ?betul atau tidak...
2)betulkah ayam yang mempunyai balung yang kecil tidak digeruni?
3) dan ada juga sesetengah pendapat mengatakan ayam berkaki kunig tidak mempunyai tuah?betul atau tidak..
4) yang terakhir,,benarkah ayam yang berkaki bulat lebih baik daripada kaki yang kurang bulat?
sama2lah kita berbincang diruangan ini agar segala kekusutan ini dapat menambah ilmu pengetahuan pengunjung2 blog dan juga saya..heheh..terima kasih atas sokongan anda..
slm!sya berpendapat kaki putih,kuning,hitam tidak menandakan aym tu ada tuah..selagi ia selari.klu paruh putih mesti kaki pun putih begitulah sekiranya ia hitam atau kuning.klu ada tahi lalat iaitu hitam separuh pun mesti selari..bentuk balung pun pelbagai tidak menandakan apa2.cuma kaki bulat dan bersegi adalah lebih baik daripada kaki yg kepek..nipis..pukulan krg kuat n padu.
ReplyDeletewarna kaki takde hubung kaitnya dengan tuah tuah ni lebih kepada tanda2 sisik yang ada pada kaki tapi tak semua sisik yg hebat itu menzahirkan apa yg ditunjukkan. yg paling penting atau utama adalah benih atau baka seseekor ayam itu. samalah juga dgn tanda sisik buah patah atau tanda sisik kaki bisa kadang tu bila bertemu dgn ayam tertentu buah patah atau buah bisa tu tak keluar atau tak menjadi sebab apa???.....kerana lawan yg dia tempuh tu ada kelebihan dan tanda2 sisik yg boleh menawarkan sisik yg hebat atau berbisa yg ada pada ayam tersebut. ia seakan-akan meneutraliaskan tanda yg ada pada ayam yg hebat tu. umpamanya ayam ni kalis kepada kehebatan lawannya so berhati2 dan sebenarnya kita ni perlu byk berlajar lagi kalau kita berminat dgn hobi kita ni. cuma tanda sisik yg baik2 adalah sebagai bonus kepada benih ayam yg baik2 dan hebat. warna kaki dan bentuk kaki dan sisik ayam tu juga byk dipengaruhi dari darah atau bangsa sesuatu ayam, umpamanya kaki bulat padat dan kecil serta mempunyai sisik kaki nipis atau sisik kertas tu menunjukkan ayam tu mempunyai darah atau berbangsa pama. so kita dengar apa pula kata org lain dan apa yg saya ceritakan ni tak semestinya betul.........
ReplyDeletepada pandangan sya sisek yg boleh menawarkan segala sisek yg hebat atau berbisa spt yg di maksudkan denai td adalah sisek kebal yg di sertai oleh sisek denai,lurus terbelah dua..raja segala sisek..wallahuaklam..
ReplyDeletebetul kata siam bahau.....itulah sifir sisik ayam..hhaha,,,,,so. cari lah...sisik denai...
ReplyDeleteayam mana gambaq kat atas tu..hehe. saya sebenaqnya xpandai nak bagi pandangan ni...tapi saya cuba kalau salah...tolong betoikan juara2 semua.
ReplyDeletesaya rasa betoi kata2 juara2 dan otai2 ni merah kamji...sisiq kosong..sisiq denai dan belah rotan ni agak payah nak jangka permainan ayam ni...sisiq yang saya suka ni...hehe. sisiq kosong ni kalau ditambah dengan sisiq kebal...hehe,sisiq rimau ngeram atau ngeram kuku, sisiq lang melayang, sisiq pukul mati, sisiq untung, sisiq menang, sisiq buat duit,,atau pitih..hehe(raja segala sisiq buat juara2 kat bon..ayam kalau sisiq ni...mesti try nk dapatkan duit buat tuan dia..tapi ikut pada tahap kemampuan dia nak buat duit..betoi ka juara2 dan otai2) jadi merah kamji..buat la rujukan kat otai2 dan juara2 dalam blog.depa semua xkedekut ilmu...kalau dah tau..tak rugi untuk confirm apa yang dah kita tau...membuat perbandiangan akan membuat kita lebih faham dan yakin...hehe..saya rasa itu je kot...xcukup ilmu utk bercerita tentang sisiq2 ni..maaf jika apa yang saya tiap ni salah..wassalam
thank kpada siam bahau,denai,asar dan surat patah atas perkongsian ilmu ni,,banyak ilmu yg saya pelajari darpda otai-otai semua..thank sekali lagi kepada otai2 kerana x kedekut ilmu..
ReplyDeletekalu otai ada jenis sisik yg di cakapkan,upload la dekat blog,boleh juga saya tegok camna sisik pukul mati,sisik untung,sisik menang,tanda sisik buah patah,tanda sisik kaki bisa dan sebagainya..hehhehe..boleh la kita berkongsi ilmu..heheh..thank semua otai2 yg berkongsi ilmu
ReplyDeletexdapat nak tunjuk...sbb ayam2 kat reban xda kot sisiq yang disebut oleh otai2 diatas...mungkin otai2 dan juara2 yang ada ayam ni..boleh la tunjuk gambaq dia..
ReplyDeleteJawapan saya
ReplyDelete1) tidak setuju
2) tidak setuju
3) tidak setuju
4) setuju sikit
tambah sikit yek...saya lebih berpegang kepada baka...panduan ringkasnya mudah, cari ayam yang kakinya klon bapak (sisik n warna)...syaratnya bapak tu dah terbukti di bon..jika bapak pukul selengan, anak2 ada yang mewarisi...tetapi secara lazimnya kita dapat tahu ayam pukul kuat bila kita picit kakinya terasa keras dan sendi lututnya agak besar....kaki bisa dan kena banyak diwarisi dari keterunannya samada ibu or bapak or kedua-duanya..Jadi kalu ada kaki kena n bisa(masin) simpanlah baik-baik...bab balong ni susah nak diceritakan..cuma jika kita sudah lama di bon, sekilas pandang kita akan nampak jenis permainan ayam (jalan, kilas, selam, kontrol atas, paruh ketip, paruh rajin, main laju, ayam cukup form, dsb )melalui wajahnya (bentuk muka, balung, paruh,mata dan kulit muka).....tapi kekadang terkena juga sebab baka ayam dah berevolusi seperti darah brazil,burma, ganoi,pama dll. Tambahan pulak sekarang ini orang dan mampu menghasilkan ayam muka bangkok(ayam jalan) tetapi kaki pama lah pulak.Ayam kita bukan tak baik tapi salah pilih gu(kalah jalan)....hukhukhuk...
ReplyDeletebetul2 lagafarm..saya ni x pandai sangat bab2 ayam ni..bela pun sebab sonok2 je..heheh..thank lagafarm kongsi ilmu yang pelbagai dan sudi singgah di blog ayam saya yang biasa ni..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemaaf kalau masuk tanpa izin
kalau boleh nak bekenalan juga dengan kwn2 blog ni. menegenai paruh bulu dan kaki sebaik nya biar sama atau ada persamaan walau sedikit. kaki bulat atau atau tidak bukan ukuran yang sebenar. kaki bulat dan kecil biasanya untuk ayam batang. dan kaki bersegi selalunya ayamg ujung. maaf kalau pendapat saya x betul. salam perkenalan dari saya untuk semua.
salam minta maaf saya tumpang sekaki
ReplyDeletesay ingin memberi respon sedikit bab 4 persoaln diatas
Saya tak pandai tapi ada gak belajarsikit. Saya tak main ayam tetapi saya ada memlihara beberapa ekor ayam buah patah dan ayam tikam.
ada setengah pendapat mengatakan ayam yang berkaki putih tidak mempunyai tuah ketika bertarung ?betul atau tidak...
Kaki ayam mesti ikut roma ayam. Misalnya ayam hitam mesti paruh hitam kaki hitam dan mata hitam baru cukup syarat ayam seruma. Kaki putih hanya sesuai untuk merintik atau rnting sahaja. Rinting [pula mesti cukup syarat iaitu hitam putih sahaja kaki mesti ada hitam dan putih sama dengan paruh. Satu lagi kaki putih ialah bunga raya iaitu ayam warna merah putih.
2)betulkah ayam yang mempunyai balung yang kecil tidak digeruni?
Bab balung pula. Balung kecik ke besar ke x menjadi masalah yang penting jangan balung berlubang ja. Kalau amik klepet amik yang kiri jangan amik yang kanan.
Kalau balung panjang amik yang rapat dan lebih pada mata hitam. Kalau ayam to on atau orang johor panggil merah kaki kining kemerehan, paruh dan mata jua.
Bulu ayam jangan putus.
Ayam jangan bulu betina. Ayam tidak ada ong. Ayam ni orang siam kata sial.
3) dan ada juga sesetengah pendapat mengatakan ayam berkaki kunig tidak mempunyai tuah?betul atau tidak..
Tidak betul. Ayam kaki kuning adalah sesuai untuk ayam bulu cempa, ikim, to on muda dan tua, jalak pun ok kalau kaki kuning dan paruh serta mata kuning.
4) yang terakhir,,benarkah ayam yang berkaki bulat lebih baik daripada kaki yang kurang bulat?
Kaki bulat ni lebih laju dan kelebihanya pukul pedih dan taji dapat kena rapat. Tapi kena tengok juga bab sisik dia jangan amik yang sisik kepek tetapi amik yang sisik besar dan berkelubi serta menurun.
Bab jari amik yang macam orang kurus dan melengkung ke dalam. Ada sisik pecah di hujung dan jangan ssik keluar itu sisik buta.
Bab bab sifat sisik.
Sisik denai atau belah rotan mesti pilih yang belah hasih dan tersusun rapi. Sisik besar-besar dan nampak menurun dari luar kaki ke dalam. Cara baca permainan ayam ni main dari mula hingga menang atau mati tidak akan pukul perlahan. Semuanya stabil.
Kalau denai ada tatah maksudnya pecah di tengah mesti pilih yang seimbang. Maksunya kalau ada 3 biji sebelah kanan mesti ada juga di sebelah kiri baru ayam seak seimbang.
Kalau ada tatah dari lutut ke jari tengah lagu bagus tapi mesti sama kanan dan kiri.
Kalau bawat ada tiga tempat berbisa. Pertama dekat dengan bulu. Ayah aku panggil bawat gigi bulu. Bawat lintang mesti bawah pada taji kalau setentang dengan taji lagi bagus. Dan bawah dibawah taji mesti lintang kalau tak lintang try adu. Kalau tak keluar buah air pertama sembelih sahaja. Ayam belakang rumah saya 5 minit sahaja dah kelauar buah patah ayam terus x bleh main tengkok keras.
Saya nak bagi petua memilih ayam siam atau ayam bayak darah yang baik dan seimbang,
ReplyDeleteBab 1 tulang
Mesti pilih yang lutut bulat. Lutut kepek tandannya ayam urat kecik. Ayam tidak elok. Pilih yang lutut bulat ayam mesti ada denai atau longkang sedikit di tengah sisik.
Sisik
Cari sisik yang berkelubi atau timbul sedikit. Saiz sisik besar-besar dan seolah-olah kering. Ayam sisik besar ni pukul kasar. Sisik menurun dan jelas kelhatan. Sisik mesti ikut bulu dan paruh. Pilih sama ada belah rotan, ada tatah ataupun bawah tapi mesti pilih macam nota saya diatas. Jangan pilih ayam yang ada ssik buta. Kalau berlaga mesti buta. Tidak kira menang 2 atau3 atau pertama mesti buta sebab dia ada sisik buta wajib buta. Sisik buta terletak di jari tengah mengadap keluar. Kalau ke dalam ok.
Paruh.
Pilih paruh yang tebal dan melengkung sedikit di depan. Ayam ramah atau rajin. Kalau tebal dan panjang ayam tu ayanm malas. Ayam siam original mesti ada lurah bila umur dia mencecah 2 tahun lebih.
Hidung. Ayam mesti mempunai hidung yang rapat. Fungsinya ayam tidak penat semasa berlaga.
Mata.
Mesti pilih yang mata macam katak. Terletak di dalam dan mata berbentuk panjang. Mata hitam mesti mecil bila kena cahaya. Mata putih mesti ada sedikit sama macam warna bulu.
Tongkeng atau bontot ayam mesti besar dan rapat. Apa fungsinya. Ayam tahan berlaga dan sangat kuat tenaga.
Bulu
Bulu mestilah kering. Ayam yang mempunyai bulu dan sisik kaki kering ayam hati kering mati dalam bon. Tapi ingat bulu pun kena ada syarat. Bulu putih pada ayam to on, jenis yang warna merahh hitam mesti ada empat tempat iaitu pertama pada kepala, pada kedua bahu ekor kedua sayap dan kedua kepala lutut. Kalau x lengkap maksudnya yam tu x cukup syarat. Kalau tidak ada tanda puth langlung lagi bagus.
Kalau ayam tu paruh pendek mestilah badan pendek dan ekor pendek sama juga dengan ayam paruh panjang badan panjang dan ekor panjang.
Lawi atau bulu rambai atau bulu dipingang mestilah dipilih macam jarum yang melengkung. Kalau kasar mesti pendek dan tegak.
Bab pukulan pula saya suka sisik harimau mengeram dan pukulan mad iaitu pukulan 3 serangkai.
Maaf kalau ilmu saya salah tolong betulkan
saya ilmu xder tp nak bagi komen jugak. xpernah bela ayam tp ade jugak tengok ayam berlaga kat youtube. pendapat saya, saya suka ayam yang pukul keras. kalau pukul, badan akan melengkung dari tanah naik ke badan atau leher. biasanya lawan boleh patah leher. mirip2 cara laga ayam aseel.
ReplyDelete